Thursday, April 26, 2012

Misi Cameron Highland | Aktiviti malam

Bagi sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke Cameron Highland, anda di nasihatkan untuk merancang aktiviti anda. Buat jadual yang ketat supaya kunjungan anda tu tidak sia-sia.

Bukan apa... Di sebabkan keadaan cuaca yang seram sejuk atas tu, di tambah pula dengan keadaan matahari yang segan-segan nak keluar tu pastinya membuatkan tangan anda laju je nak tarik selimut.

Ok berbalik pada aktiviti malam yang aku nak story ni. Andai korang datang ke Cameron Highland ni untuk honeymoon, sudah pastinya aktiviti malam korang semestinya penuh dan padat!!! Tapi kalau korang pergi berkumpulan dengan rakan-rakan, korang kena buat aktiviti yang meng'enjoy'kan agar korang tak rasa lemau di malam hari. Ye memang korang boleh jalan-jalan atau lepak-lepak. Tapi segigih mana la korang nak melepak kat luar tu sepanjang malam dalam keadaan cuaca yang sejuk macam tu. Betul tak?

Macam kami, sempat la merayau kejap dekat Tanah Rata malam tu. Nak pegi pasar malam di Brinchang tu, tak bukak pulak aritu. Dek kerana hari Selasa kami dah ade kt atas nun, terpaksa la merayau carik kedai2 yang bukak memalam tu.

Opsss offer tu bukan harga utk budak momok kat dalam gambar tu ye. Gegirl berdua tu sakan memilih t-shirt dan sebinier yang boleh di beli. Aku biase la, lebih suke lepak kat luar kedai hahaha.....


Yang boboy pulak tengah plan untuk aktiviti esoknya. Dah agak kepala lutut mula gigil, terpaksa la membawa diri balik ke hotel kami. Tak tahan woo....Sejuk! *Kalo ado laki buleh gak buek poluk-poluk*

Haaaa oleh sebab itu, kami GB2MK telah merancang aktiviti kami untuk malam hari. Aktiviti ni ala-ala mengenang semula zaman kanak-kanak kami.......

Tadaaaaaaaa!!!


Jangan tak caya hahahaha. Jutaria Millionaire versi Malaysia!! Bila dah lama tak main benda alah ni, memang nostalgia abis la... Owh di ingatkan supaya korang dapatkan versi Millionare ni yang berkualiti hahaha. Korang beli la Monopoly ke, Saidina ke yang mahal2 sikit...Jangan la macam kitorang ni. Nak baca instruction pon kena baca kat belakang kertas tempat main tu.

Di sebabkan kami yang dah tua bangka tu sudah samar-samar tentang peraturan dalam permainan tu, maka amat sukar lah untuk merujuk instruction yang berada di belakang kertas tu. Terutama ketika permainan sedang dijalankan...

Seperti biasa, kami mengamalkan cara 'Lat Tali Lat' untuk menentukan siapa yang akan bermula dulu. Ini untuk memastikan pemiliah adaha adil dah saksama.

4 orang bermain dan sorang banker. Permainan ni memerlukan strategi ok. Jangan macam aku. Orang first muflis! Hahaha... Yang menang tentunya Akauntan GB2MK, pakar pengurusan duit! Owh lagi satu di ingatkan, kalau dah start main benda alah ni, pastikan korang sanggup berjaga sehingga awal pagi. Kami aritu pon 4 jam lebih jugak baru abis main. Kejung montot wooo...

Di harap dengan cadangan aktiviti di atas dapat membantu anda yang tidak tahu apa aktiviti malam yang korang boleh buat di Cameron Highland selain dari berselubung dalam selimut!



11 comments

April 26, 2012 at 11:07 PM

Akak mmg failed main NIH, hukk...

Err, skang ni mmg trend kete ek kt heder? :D

April 27, 2012 at 9:33 AM

wah.. sejuk ..kunun.. nak pelwok2..

wah ada permainan nie lagi ek.. tapi ada ker org minat main lagi.. rasanyer kat ipad pon ada game nie kan.

sejuk.. x leh nanti kena semput ! ha ha ha

April 27, 2012 at 1:58 PM

Mcm2 sungguh idea korang nih kan?? Menda alah ni pun leh jadik mainan korang.. ahahaha

April 28, 2012 at 9:09 PM

cameron lah pulak..sakan berjalan GB2MK ni..tak de ole ole ke cik pana?

April 30, 2012 at 8:59 AM

mak aih main monopoly sampai ke cameron??hahaha.comey kalau org baru kawen leh la g honeymoon kat cameroon.. sejuukk kahkahkah

May 1, 2012 at 1:26 PM

beshnye cameron.. lama dah xpergi

May 2, 2012 at 1:56 PM

siap main monopoli tu...

May 3, 2012 at 8:32 AM

tingat zaman bebudak main bnda tu..hehe.syok gak ye pi cameron, cik gold tak pnah pi sana lagi...nak pi la pasni :P

May 7, 2012 at 4:03 PM

hahahaha nasib main monopoly.....buatnyer dia main games tetris hehehehe tak ke haru heheheh

May 10, 2012 at 9:55 AM

untung la.. naik genting tak ajak.. hehe.. cik penadol.. jumaat ni ade TT myvi club kat shah alam..nak join?

May 17, 2012 at 12:22 AM

cool gile kalau ade aktiviti mcm ni :)

Post a Comment
Twitter Bird Gadget