Saturday, April 21, 2012

Misi Cameron Highland | Survey port honeymoon ngehngehngeh....


Hahahaha tak menaham punye tajuk. Port bulan madu ye... Haaa sapa yang nak kawen ni?

Jeng jeng jeng.....

Orang cakap, kalo nak pegi haneymoon ni kena la carik tempat-tempat yang sejuk. Ni bukan pendapat aku ok. Ni dah macam fakta pulak. Bila tanya orang je mana tempat honeymoon yang best, mesti jawapan diorang tu Cameron Highland. Sebab apa? Sebab best sejuk boleh peluk-peluk la hahahaha.....

Ok berbalik pada misi penting ni. Yaaa misi men'survey' tempat honeymoon! Sapa yang nak p honeymoon ni? Biar lah rahsia hehehe....Ni merupakan short holiday, express holiday yang tidak dirancang.


Hari pertama.

Di sebabkan GB2MK terpaksa membawa seorang ahli yang 'kaki mabuk', maka perjalanan di mulakan seawal yang mungkin. Tidak mahu menganggung risiko kaki mabuk muntah-muntah, maka pukul 5 pagi kami dah bertolak! Tengok gigih tak gigih kami menjalankan misi. Selepas pick up semua ahli, perjalanan di teruskan sebelum berhenti di RnR Tapah.

Memilih untuk check in di Natasya Resort Cameron Highland. Nape pilih apartment ni? Sebab tu port paling tinggi dan paling sejuk! Apartment 1 bilik 2 bili air dengan harga kurang dari RM200/day. 2 katil single dan 1 sofa bed. Sesuai untuk 4-5 orang sumbat dalam ni. Maaf takda kipas atau ekon kat sini ye, semua pakai angin semula jadi.




Meh layan gambar-gambar gedik dalam kedinginan Cameron Highland ni. Syok sejuk-sejuk ni....










Tersinggah kat Time Tunnel. Klasik der sebuah kedai dalam ni. Awek-awek yang jual kat situ pon cun-cun....... Pada yang datang untuk honeymoon, adalah tidak di galakkan singgah ke sini. Takot suami baru anda itu terpesona dengan awek-awek di situ.






Tidak sah la kunjungan korang ke Cameron Highland ni kalau tak singgah ke Kea Farm. Agak rambang mata jugak la. Kebanyakkan peniaga menjual benda yang sama, tapi kena la pandai cari peniaga yang menawarkan harga yang terbaik ok.





Mat Bunga


Tukang bawak barang






Hari Kedua.

Hari untuk balik. Plannye banyak tempat persinggahan sebelum balik. Tapi kalau tengahari baru nak check out, simpan je la plan-plan semua tu. GB2MK sempat beraksi sebelum balik...










Mungkin tak puas merayap kat pasar Kea Farm semalam, kitorang amik keputusan untuk layan lagi seround sebelom balik. Duit lagi....

Next destination ingat nak masuk ladang stoberi, nak beli stoberi kat sana je terus. Tapi bila ada dengar orang cakap kalo beli kat ladang lagi mahal, last-last plan tu terbatal dengan sendirinya. Stoberi beli kat pasar tu jek.

Dah puas bercemolot ngan peniaga-peniaga kat pasar tu yang rata-ratanya bermulut manis, kami meneruskan perjalanan pulang. Singgah di Tanah Rata untuk lunch dulu. Kang kebulur pulak nak sampai RnR.

Pastu kitorg singgah kat Bharat Tea Plantation di Cameron Valley. Ramai gak kat kedai tea tu, tapi takde orang pon rajin nak turun ke ladang tu. Cuaca panas kot time tu. Masing-masing malas *termasuk la kitorang haha*. Sempat la lepak-lepak jap, beli belah tea sekotak dua untuk orang kampung. Done! Express bukan hehehe...














Destinasi seterusnya adalah Lata Iskandar. Port persinggahan sesiapa yang dalam perjalanan ke/dari Cameron Highland. Boleh la segar-segarkan sikit mata bagi kaki-kaki mabuk tu.....






Walaupun ni merupakan short trip dan on the spot plan, tapi puas hati la dapat gak berjalan. Misi untuk survey tempat honeymoon tu berjaya. Bakal peng'honeymoon' akan mempertimbangkan untuk shortlisted Cameron Highland sebagai lokasi bulan madu.

p/s:- Next trip please......




21 comments

April 21, 2012 at 10:01 AM

perhh perhh perhh bkn men..jgn lupa bwk penaflex

April 21, 2012 at 10:29 AM

Uiks, diam2 berwajah baru...heee

Best kan kalau dpt berendam kat lata iskandar tu, :D

April 21, 2012 at 4:43 PM

Pernah sampai sekali jer Kat CH tu. Bila balik singgah kat Lata iskandar x bleh nk mandi sebab demam :(

April 22, 2012 at 1:12 PM

ok. ni port bulan madu i untung ulang tahun perkahwinan yg kelima nnt,,...:))

April 22, 2012 at 5:52 PM

waahh..ko dah sampai dulu dari aku nihh..takpe.aku hujung bln may nnt nak terjah sanun ngan femeli aku lak..hahaha

April 23, 2012 at 11:06 PM

Amboihh sakana na GB2MK berjalan jalan honeymoon gitu

April 24, 2012 at 9:08 AM

hamik..sekali update smpai muntah nk bace..hikhik

April 24, 2012 at 10:38 AM

@Melati Qistyna's Mummy

kak abby, lama dah 'ter'tukar template ni...huh tak rela la nk berendam kt lata iskandar tu sejuk2 tu hehe...kecut!

April 24, 2012 at 10:39 AM

@wachak

jom pegi lagi en ponstan :)

April 24, 2012 at 10:39 AM

@RerameUngu

on the spot punye plan beb...tu pasal express je semua...

April 24, 2012 at 10:43 AM

@cik kiwi's

ko ni cik buah...kawen pon belom lagi, ni kan pulak nk sambung ulang tahun perkahwinan yg ke lima...advance sungguh!!

April 25, 2012 at 7:46 AM

perghhhh syiokkkkk =)

April 25, 2012 at 11:44 AM

syoiknye g CH, lama dah tak g situ, walaupun dekat aje ngan kampung, dah lama tak pekena scone n tea kat bharat tea...

April 25, 2012 at 2:01 PM

hamboi2 uolssssss.. sakan ye..

sapo yg mabuk2 tu ?

April 25, 2012 at 5:00 PM

Siapakah yg hanimon itu?? Dan siapaka yg sedang mabuk2 itu??

jeng jeng jeng..kisah akan bersambung kendian.

April 25, 2012 at 10:55 PM

wah...
mana buah straberry sop pesan? hehehe

April 26, 2012 at 10:20 AM

wahhhhh .. makan hangin lagi? habis la tahun 2012 ni satu malaysia geng gebu gebas ronda. hehehe

May 4, 2012 at 9:46 AM

awak ka yg muntah2 tu??hehehe

May 7, 2012 at 4:47 PM

sesekali bercuti kan mmg best :D

December 14, 2013 at 7:48 PM

Lama tol tak sgah umah u ni CP.. sihat? aktif lg ke berblogging?

December 14, 2013 at 7:50 PM

Lamanya la tak sgah umah u ni CP.. aktif lg ke idak ye berblogging.. uihihi

Post a Comment
Twitter Bird Gadget