Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru untuk Cikgu Pencen ni..


Setiap tahun aku akan sambut hari guru ni dengan ucapan selamat untuk ayah aku. Ye la...Ayah aku cikgu hokkey! Tapi tu dulu...Tahun ni dia dah pencen. Ayah baru je pencen aritu. Pencen umur 58 tahun je. Die nak sambung sampai umur 60 tahun, tp Ibu aku tak bagi hahaha. Ibu cakap duduk rumah 'ontok-ontok' sudah....

Ni aku nak cerita pasal Ayah aku. Tahun lepas aku dah citer pasal cikgu-cikgu aku. Tahun ni aku citer pasal cikgu pencen ni pulak. Kalau dah lama jadi cikgu, tak banyak hal, takda skandal, mesti orang akan ingat. Mesti bila nak bersara, susah orang nak lepaskan.

Rezeki Ayah aku kot tahun ni. Sebab betul la kata orang. Orang memberi, kita menerima. Ayah aku jenis kalo orang mintak tolong, dia pantang tolak.

Korang bayangkan ye... Cikgu kalo takde keje, diorg mesti dok melepak-lepak hahaha. Amboi kau, kutuk cikgu ye!
Ayah aku ni pulak lain sikit. Time takde keje, die boleh pulak carik keje lain. Benda paling selau dia buat adalah tolong tukang kebun sekolah buat keje. Dok tebang pokok la, repair kerusi meja la. Pakai semat-semat, tapi boleh layan keje-keje camtu. Memang sempoi la Ayah....

Kalau cikgu-cikgu tak dapat datang, Ayah aku la yang sanggup gantikan kelas cikgu tu. Kalau meting-meting cikgu besar takleh datang, Ayah aku jugak la yang datangkan. Time cuti sekolah, kalo cikgu besar tak dapat datang sekolah (sebab nk p bercuti), Ayah aku la yang gantikan dia...

Ayah aku ni tak nampak macam cikgu sangat. Die sempoi-sempoi die je. Pegi pasar pon boleh pakai kemeja tie bagai hehehe. Tengok sempoi tak sempoinye dia. Tapi dia bab majlis formal-formal ni memang tak suka sangat.

Mungkin sebab tu, Ayah aku di senangi ramai. So masa hari persaraan dia aritu, sekolah dia buat meriah sikit. Ayah aku cakap, Subhanallah meriah sangat. Macam kenduri nak sambut menantu! Ok bab sambut menantu tu aku sentap sikit.... Yang paling dasat, Ayah aku diarak naik kereta lembu sekeliling sekolah! Malamnye pulak sambung sambutan kat hotel. Yang ni khas untuk cikgu-cikgu. Ibu aku pon dapat join time ni. Ibu cakap ramai cikgu-cikgu yang nangis malam tu. Cikgu pompuan la yang nangis tu...Jeles Ibu aku taw...


Hadiah dari cikgu-cikgu dah anak-anak murid pulak, Subhanallah banyak. Tiga kereta digunakan untuk hantar hadiah-hadiah tu ke rumah. Penuh satu ruang tamu. Ayah aku cakap, sebelum ni mane-mane cikgu yang bersara, tak penah pulak diorang dapat hadiah banyak cenggini.


Bukak hadiah yang menggunung tu memang menyeronokkan. Paling best bila baca ucapan dari anak-anak murid dia. Biasa la bebudak sekolah rendah. Ayat agak 'jiwang' sikit. Bila aku baca setiap ucapan tu, setiap kali jugak la air muka Ayah berubah. Aku tau dia sedih....


Tengok...Terharu ke tak terharu bila anak murid bagi ucapan macam ni. Tapi bila aku tanya Ayah aku, "Ayah kenal tak budak ni?". Dengan muka selamber dia jawab, "Tak.....".


Sekarang ni Ayah aku jadi pemencen yang terhormat. Tiap-tiap hari duduk berayun kat kerusi malas hadiah bersara dia tu. Keje die sekarang ni cuma menghabiskan duit KWSP dia. Macam-macam dia beli sekarang ni hahaha. Dari seorang yang cuma tau pakai seluar slack, sekarang ni dah berjinak-jinak pakai jeans! Dari seorang yang selalu berkemeja, sekarang ni baju pagoda je jadi baju peberet. Hahaha lantak la Ayah ku...

Wajah bangga seorang pesara guru hoho...

Dan sejak pencen ni, dia makin galak buat muka macam kat bawah ni. Katanya nak BUDGET COMEL!! Orang pencen kena berlagak muda. Hoho jangan carik bini muda dah la Ayah hoi....


SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru Malaysia.


Lagu Dalam Kepala:-
Kami Guru Malaysia
(suka dengar cikgu-cikgu nyanyi lagu ni time hari guru time sekolah dulu)



16 comments

May 17, 2012 at 12:07 AM

selamat hari guru kepada guru dan ank guru..hehehe..lama sm tak dtg sini..maaf bz dengan stdy

May 17, 2012 at 12:59 AM

slmt hari guru ayahmu :)
bagi sikit hadiah tu sis tolong simpankan hehe

May 17, 2012 at 11:20 AM

wah pana.. eh ayah pana pakai kwsp ker bukan pencen ?

by the way.. ucap selamat hari guru buat ayah pana yer...

"MENYAMBUT MENANTU" - hemm bila ek ? ha ha ha

May 17, 2012 at 11:29 AM

Selamat Hari Guru... Cikgu

May 17, 2012 at 5:33 PM

selamat guru tuk bapa awok..

May 17, 2012 at 10:04 PM

selamat hari guru pak cik. :)

May 18, 2012 at 8:58 AM

selamat hari guru buat semua insan yang bergelar guru..

cik panadol ni supplier ubat panadol ke? erkkk.. hehehe

May 18, 2012 at 9:30 AM

bnyaknye ayah dapat adiah..macam sambut besday plak hehe.selamat hari guru gak kepada ayah pana :D

May 18, 2012 at 9:33 AM

wah meriahnye..cikgu bagus sume org syg..caer belum lg..camne le agaknye =p

May 18, 2012 at 9:04 PM

Kalo apak eh cikgu, anak eh cikgi, hiks.... Slmt hr guru buat ayah....

Ehh, tol ke emak tu anak murid ayah, hehehehe

May 19, 2012 at 1:03 PM

masa untuk berehat pulak kat rumah selepas bertahun-tahun mencurah keringat untuk anak murid.. ;)

May 20, 2012 at 10:09 AM

salam

selamat hari guru buat ayah (walau lambat wish)

bestnya dapat hadiah banyak.mesti time majlis perpisahan tu dia sedih sangatkan

May 21, 2012 at 10:20 AM

@Melati Qistyna's Mummy

betul kak...Ibu sy dl anak murid Ayah :)

May 21, 2012 at 2:38 PM

Selamat hari Guru Pakcik....banyak hadiah..mesti panadol separuh tu..hehehhe

May 21, 2012 at 4:38 PM

salam cik panadol.. dah lama x jenguk che panadol..

selamat hari guru tuk ayah cik panadol..

May 22, 2012 at 3:58 PM

bila kite baca entry ne kte rasa nak suruh bapak awak mengajar kte la.hehee mesti dye sangat disenangi :)

Review Official Videographer,Jom tengok video nikah saya!
http://www.cikhelena.com/2012/05/review-ov-video-nikah-kita-dah-siapjom.html

Post a Comment
Twitter Bird Gadget