Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #6

27 comments

Sayang sangat nak tinggalkan katil...
Jangan cakap korang tak penah buat!!!





Thursday, January 5, 2012

Azam Tahun 2012 | Tak susah mane pon azam aku...

19 comments

Ketika aku sedang leka menyuap makanan tengahari aku tadi, aku di datangi oleh tuan kedai yang tanpa di jemput telah dengan selambanye duduk di di depan aku.

Tuan Kedai: "Kau ni dik, tak muak ke....", tuan kedai membuka bicara.


Aku: "Huh napo pulak kak?"


Tuan Kedai: "Takde la...akak tengok kau ni tiap-tiap hari makan lauk yang sama. Nasik 3/4, telur goreng, kicap. Taknak ke merasa lauk-lauk lain yang akak masak tu...Dah masuk tahun baru ni...Takkan la dok makan benda yang sama je.....Kau tak berazam ke nak cuba lauk-lauk akak yang lain tu?"


Aku: "Takmo la kak...Susah la makan lauk macam-macam jenis ni.....", jawab aku selambe.

Tuan Kedai: "Laaa nape pulak?", akak tu buat muke kompius.

Aku: "Nanti saya kompius......", sambil sedut air tea o ais limau kegemaran aku.


Tuan Kedai: "Kompius apenye pulak? Nak makan pon kompius ke?", makin berkerut kening akak tu aku tengok. Nampak sangat dah lama sangat dia tak cucuk botok.

Aku: "Macam mane saya tak kompius kak. Kalau lauk banyak-banyak nanti, saya tak tau nak makan lauk yang mane dulu. Bila banyak pilihan, otak saya senang jammed! Last-last nanti saya tak abis makan pulak....Kan dah membazir....".

Tuan Kedai: "Adoi...Ade jugak orang macam kau ye dik.......", sambil tepuk dahi sendiri.


Aku angkat kening, angkat bahu....Lalu nasi berlauk telur goreng terus aku suapkan ke dalam mulut, penuh selera.



Walaupun dah tahun baru, aku tetap orang yang sama. Mungkin tahun baru ni akan ada perubahan dalam hidup aku. Tapi part yang satu ni, sorry aaa.... Memang tak boleh nak ubah! Ini Azam aku tahun ni! Hehehe...




p/s:-
Terima kasih kak untuk nasi+telur goreng panas+kicap yg akak hidangkan utk sy setiap hari tu hehehe.....




Twitter Bird Gadget