Thursday, April 26, 2012

Misi Cameron Highland | Aktiviti malam

11 comments
Bagi sesiapa yang bercadang untuk bercuti ke Cameron Highland, anda di nasihatkan untuk merancang aktiviti anda. Buat jadual yang ketat supaya kunjungan anda tu tidak sia-sia.

Bukan apa... Di sebabkan keadaan cuaca yang seram sejuk atas tu, di tambah pula dengan keadaan matahari yang segan-segan nak keluar tu pastinya membuatkan tangan anda laju je nak tarik selimut.

Ok berbalik pada aktiviti malam yang aku nak story ni. Andai korang datang ke Cameron Highland ni untuk honeymoon, sudah pastinya aktiviti malam korang semestinya penuh dan padat!!! Tapi kalau korang pergi berkumpulan dengan rakan-rakan, korang kena buat aktiviti yang meng'enjoy'kan agar korang tak rasa lemau di malam hari. Ye memang korang boleh jalan-jalan atau lepak-lepak. Tapi segigih mana la korang nak melepak kat luar tu sepanjang malam dalam keadaan cuaca yang sejuk macam tu. Betul tak?

Macam kami, sempat la merayau kejap dekat Tanah Rata malam tu. Nak pegi pasar malam di Brinchang tu, tak bukak pulak aritu. Dek kerana hari Selasa kami dah ade kt atas nun, terpaksa la merayau carik kedai2 yang bukak memalam tu.

Opsss offer tu bukan harga utk budak momok kat dalam gambar tu ye. Gegirl berdua tu sakan memilih t-shirt dan sebinier yang boleh di beli. Aku biase la, lebih suke lepak kat luar kedai hahaha.....


Yang boboy pulak tengah plan untuk aktiviti esoknya. Dah agak kepala lutut mula gigil, terpaksa la membawa diri balik ke hotel kami. Tak tahan woo....Sejuk! *Kalo ado laki buleh gak buek poluk-poluk*

Haaaa oleh sebab itu, kami GB2MK telah merancang aktiviti kami untuk malam hari. Aktiviti ni ala-ala mengenang semula zaman kanak-kanak kami.......

Tadaaaaaaaa!!!


Jangan tak caya hahahaha. Jutaria Millionaire versi Malaysia!! Bila dah lama tak main benda alah ni, memang nostalgia abis la... Owh di ingatkan supaya korang dapatkan versi Millionare ni yang berkualiti hahaha. Korang beli la Monopoly ke, Saidina ke yang mahal2 sikit...Jangan la macam kitorang ni. Nak baca instruction pon kena baca kat belakang kertas tempat main tu.

Di sebabkan kami yang dah tua bangka tu sudah samar-samar tentang peraturan dalam permainan tu, maka amat sukar lah untuk merujuk instruction yang berada di belakang kertas tu. Terutama ketika permainan sedang dijalankan...

Seperti biasa, kami mengamalkan cara 'Lat Tali Lat' untuk menentukan siapa yang akan bermula dulu. Ini untuk memastikan pemiliah adaha adil dah saksama.

4 orang bermain dan sorang banker. Permainan ni memerlukan strategi ok. Jangan macam aku. Orang first muflis! Hahaha... Yang menang tentunya Akauntan GB2MK, pakar pengurusan duit! Owh lagi satu di ingatkan, kalau dah start main benda alah ni, pastikan korang sanggup berjaga sehingga awal pagi. Kami aritu pon 4 jam lebih jugak baru abis main. Kejung montot wooo...

Di harap dengan cadangan aktiviti di atas dapat membantu anda yang tidak tahu apa aktiviti malam yang korang boleh buat di Cameron Highland selain dari berselubung dalam selimut!



Saturday, April 21, 2012

Misi Cameron Highland | Survey port honeymoon ngehngehngeh....

21 comments

Hahahaha tak menaham punye tajuk. Port bulan madu ye... Haaa sapa yang nak kawen ni?

Jeng jeng jeng.....

Orang cakap, kalo nak pegi haneymoon ni kena la carik tempat-tempat yang sejuk. Ni bukan pendapat aku ok. Ni dah macam fakta pulak. Bila tanya orang je mana tempat honeymoon yang best, mesti jawapan diorang tu Cameron Highland. Sebab apa? Sebab best sejuk boleh peluk-peluk la hahahaha.....

Ok berbalik pada misi penting ni. Yaaa misi men'survey' tempat honeymoon! Sapa yang nak p honeymoon ni? Biar lah rahsia hehehe....Ni merupakan short holiday, express holiday yang tidak dirancang.


Hari pertama.

Di sebabkan GB2MK terpaksa membawa seorang ahli yang 'kaki mabuk', maka perjalanan di mulakan seawal yang mungkin. Tidak mahu menganggung risiko kaki mabuk muntah-muntah, maka pukul 5 pagi kami dah bertolak! Tengok gigih tak gigih kami menjalankan misi. Selepas pick up semua ahli, perjalanan di teruskan sebelum berhenti di RnR Tapah.

Memilih untuk check in di Natasya Resort Cameron Highland. Nape pilih apartment ni? Sebab tu port paling tinggi dan paling sejuk! Apartment 1 bilik 2 bili air dengan harga kurang dari RM200/day. 2 katil single dan 1 sofa bed. Sesuai untuk 4-5 orang sumbat dalam ni. Maaf takda kipas atau ekon kat sini ye, semua pakai angin semula jadi.




Meh layan gambar-gambar gedik dalam kedinginan Cameron Highland ni. Syok sejuk-sejuk ni....










Tersinggah kat Time Tunnel. Klasik der sebuah kedai dalam ni. Awek-awek yang jual kat situ pon cun-cun....... Pada yang datang untuk honeymoon, adalah tidak di galakkan singgah ke sini. Takot suami baru anda itu terpesona dengan awek-awek di situ.






Tidak sah la kunjungan korang ke Cameron Highland ni kalau tak singgah ke Kea Farm. Agak rambang mata jugak la. Kebanyakkan peniaga menjual benda yang sama, tapi kena la pandai cari peniaga yang menawarkan harga yang terbaik ok.





Mat Bunga


Tukang bawak barang






Hari Kedua.

Hari untuk balik. Plannye banyak tempat persinggahan sebelum balik. Tapi kalau tengahari baru nak check out, simpan je la plan-plan semua tu. GB2MK sempat beraksi sebelum balik...










Mungkin tak puas merayap kat pasar Kea Farm semalam, kitorang amik keputusan untuk layan lagi seround sebelom balik. Duit lagi....

Next destination ingat nak masuk ladang stoberi, nak beli stoberi kat sana je terus. Tapi bila ada dengar orang cakap kalo beli kat ladang lagi mahal, last-last plan tu terbatal dengan sendirinya. Stoberi beli kat pasar tu jek.

Dah puas bercemolot ngan peniaga-peniaga kat pasar tu yang rata-ratanya bermulut manis, kami meneruskan perjalanan pulang. Singgah di Tanah Rata untuk lunch dulu. Kang kebulur pulak nak sampai RnR.

Pastu kitorg singgah kat Bharat Tea Plantation di Cameron Valley. Ramai gak kat kedai tea tu, tapi takde orang pon rajin nak turun ke ladang tu. Cuaca panas kot time tu. Masing-masing malas *termasuk la kitorang haha*. Sempat la lepak-lepak jap, beli belah tea sekotak dua untuk orang kampung. Done! Express bukan hehehe...














Destinasi seterusnya adalah Lata Iskandar. Port persinggahan sesiapa yang dalam perjalanan ke/dari Cameron Highland. Boleh la segar-segarkan sikit mata bagi kaki-kaki mabuk tu.....






Walaupun ni merupakan short trip dan on the spot plan, tapi puas hati la dapat gak berjalan. Misi untuk survey tempat honeymoon tu berjaya. Bakal peng'honeymoon' akan mempertimbangkan untuk shortlisted Cameron Highland sebagai lokasi bulan madu.

p/s:- Next trip please......




Friday, April 6, 2012

Ehem ehem....

17 comments

Cak!!

Lama kan aku tak hapdate belog. Dekat 3 bulan dah! Hahahaha....Maaf la ye...Ade jugak la yang carik aku.
*Hahaha bajet #retis sungguh laaa... Adoi, aku ade je ni haaa....Tapi mana aku pegi selama ni?

Ada yang cakap aku menghilang sebab kawen la... Sebab frust la... Sebab lupa password blog la... Hahaha memacam la korang ni. Aku ingatkan kehilangan aku tu takda orang yang perasan. Ingatkan rancangan untuk mengundurkan diri secara perlahan-lahan ni takkan di sedari orang lain.

Selama aku senyap ni, aku membawa diri sebenarnya. Sebab ada orang sisihkan aku.

Aku kecik hati.
*Urm ok yang ni aku bohong :)

Tak la...Aku 'seret beg' sebab ada orang yang tak senang hati aku berblog ni, tanpa sebab. Hurm~~~


Sebenarnya sampai satu tahap, keinginan nak berblogging tu takda. Dengan kesibukkan diri dengan hal-hal hakiki, blog terpaksa aku lupakan. Nama pun blog personal, suka hati aku la apa aku nak taip, suka hati aku la nak update ke tak kan. Aku punya blog ni bukan blog informatif, bukan blog berita terkini, bukan blog copy paste 'sokkaba' yang kena update tiap-tiap hari.


Pada korang-korang yang masih sudi jengah blog aku ni, terima kasih aku ucapkan bebanyak. Maaf kalau aku tak balas jejak korang kat shoutbox korang tu. Tapi bukan bermakna tak balas jejak korang tu. Aku macam biasa, masih ada jengah blog korang tu. Tapi sekadar membaca tanpa meninggalkan jejak. Lebih suka jadi silent reader je sekarang ni. Seronok gak buat camtu hehe....

Sampai sekarang pun keinginan untuk berblog, berblogwalking bagai sume tu belom timbul lagi. Zaman berblog berblogwalking aku dah lepas kot. Hahahaha tua dah diri ni rasanya.

Mungkin sekarang ni ada yang sudah tak kenal aku. Takpa aku tak ambik hati pon. Aku pasrah.... Eceh!

Mohon doa korang supaya hati aku masih setia untuk kekalkan hubungan aku dengan blog ni. Semoga jodoh aku dengan blog ni masih kuat.


p/s:-
Godek-godek blog punye pasal, habis semua template aku jahaman...Nasib la...Malas aku nak godek lagi...Tak tido pulak aku nanti...Lantak la gune ni buat sementara ni.... -_-"





Muka budak momok yang tengah kecik ati. #sentap!
Serius aku tengah kecik ati time ni.....

Blog boleh korang adopt...tp aku korang tak leh nak angkat-angkat ye...patah pinggang sensorang nanti!

Dah dah...tutup balik! Nanti aku makin sentap pulak...





Twitter Bird Gadget