Wednesday, May 23, 2012

Baik jangan berkawan

32 comments

Kalau berkawan sekadar nak mengambil kesempatan
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan sekadar untuk kepentingan diri sendiri
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan cuma ketika waktu senang
Baik jangan berkawan

Kalau berkawan namun menghilangan masa susah
Baik jangan berkawan

Fahami dulu erti persahabatan jika mahu berkawan
Jika tidak mampu fahami, lebih baik sendiri


Kecewa dengan orang yang kononnya bergelar 'kawan baik'...Depan kita, dia lah kawan terbaik kita ada. belakang kita, macam-macam keburukkan kita di jaja. Moga mereka insaf....



Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru untuk Cikgu Pencen ni..

16 comments

Setiap tahun aku akan sambut hari guru ni dengan ucapan selamat untuk ayah aku. Ye la...Ayah aku cikgu hokkey! Tapi tu dulu...Tahun ni dia dah pencen. Ayah baru je pencen aritu. Pencen umur 58 tahun je. Die nak sambung sampai umur 60 tahun, tp Ibu aku tak bagi hahaha. Ibu cakap duduk rumah 'ontok-ontok' sudah....

Ni aku nak cerita pasal Ayah aku. Tahun lepas aku dah citer pasal cikgu-cikgu aku. Tahun ni aku citer pasal cikgu pencen ni pulak. Kalau dah lama jadi cikgu, tak banyak hal, takda skandal, mesti orang akan ingat. Mesti bila nak bersara, susah orang nak lepaskan.

Rezeki Ayah aku kot tahun ni. Sebab betul la kata orang. Orang memberi, kita menerima. Ayah aku jenis kalo orang mintak tolong, dia pantang tolak.

Korang bayangkan ye... Cikgu kalo takde keje, diorg mesti dok melepak-lepak hahaha. Amboi kau, kutuk cikgu ye!
Ayah aku ni pulak lain sikit. Time takde keje, die boleh pulak carik keje lain. Benda paling selau dia buat adalah tolong tukang kebun sekolah buat keje. Dok tebang pokok la, repair kerusi meja la. Pakai semat-semat, tapi boleh layan keje-keje camtu. Memang sempoi la Ayah....

Kalau cikgu-cikgu tak dapat datang, Ayah aku la yang sanggup gantikan kelas cikgu tu. Kalau meting-meting cikgu besar takleh datang, Ayah aku jugak la yang datangkan. Time cuti sekolah, kalo cikgu besar tak dapat datang sekolah (sebab nk p bercuti), Ayah aku la yang gantikan dia...

Ayah aku ni tak nampak macam cikgu sangat. Die sempoi-sempoi die je. Pegi pasar pon boleh pakai kemeja tie bagai hehehe. Tengok sempoi tak sempoinye dia. Tapi dia bab majlis formal-formal ni memang tak suka sangat.

Mungkin sebab tu, Ayah aku di senangi ramai. So masa hari persaraan dia aritu, sekolah dia buat meriah sikit. Ayah aku cakap, Subhanallah meriah sangat. Macam kenduri nak sambut menantu! Ok bab sambut menantu tu aku sentap sikit.... Yang paling dasat, Ayah aku diarak naik kereta lembu sekeliling sekolah! Malamnye pulak sambung sambutan kat hotel. Yang ni khas untuk cikgu-cikgu. Ibu aku pon dapat join time ni. Ibu cakap ramai cikgu-cikgu yang nangis malam tu. Cikgu pompuan la yang nangis tu...Jeles Ibu aku taw...


Hadiah dari cikgu-cikgu dah anak-anak murid pulak, Subhanallah banyak. Tiga kereta digunakan untuk hantar hadiah-hadiah tu ke rumah. Penuh satu ruang tamu. Ayah aku cakap, sebelum ni mane-mane cikgu yang bersara, tak penah pulak diorang dapat hadiah banyak cenggini.


Bukak hadiah yang menggunung tu memang menyeronokkan. Paling best bila baca ucapan dari anak-anak murid dia. Biasa la bebudak sekolah rendah. Ayat agak 'jiwang' sikit. Bila aku baca setiap ucapan tu, setiap kali jugak la air muka Ayah berubah. Aku tau dia sedih....


Tengok...Terharu ke tak terharu bila anak murid bagi ucapan macam ni. Tapi bila aku tanya Ayah aku, "Ayah kenal tak budak ni?". Dengan muka selamber dia jawab, "Tak.....".


Sekarang ni Ayah aku jadi pemencen yang terhormat. Tiap-tiap hari duduk berayun kat kerusi malas hadiah bersara dia tu. Keje die sekarang ni cuma menghabiskan duit KWSP dia. Macam-macam dia beli sekarang ni hahaha. Dari seorang yang cuma tau pakai seluar slack, sekarang ni dah berjinak-jinak pakai jeans! Dari seorang yang selalu berkemeja, sekarang ni baju pagoda je jadi baju peberet. Hahaha lantak la Ayah ku...

Wajah bangga seorang pesara guru hoho...

Dan sejak pencen ni, dia makin galak buat muka macam kat bawah ni. Katanya nak BUDGET COMEL!! Orang pencen kena berlagak muda. Hoho jangan carik bini muda dah la Ayah hoi....


SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru Malaysia.


Lagu Dalam Kepala:-
Kami Guru Malaysia
(suka dengar cikgu-cikgu nyanyi lagu ni time hari guru time sekolah dulu)



Twitter Bird Gadget